Tuesday 24 July 2012

yang datang kembali.

Ramadhan yang datang menjengah lagi.
Yang pastinya tidak akan sama rasa yang datang setiap kali dengan apa yang telah lepas.dan setiap kali itu juga ia akan disusuli dengan pelbagai dugaan dan cabaran.janji iblis pada Yang Maha Esa,akan terus menghasut anak Adam tak kira dalam apa cara sekalipun.Terpulang pada insan,kuat atau tidak.Di goyahkan hati,di datangkan dengan pelbagai rasa.kemarahan yang meluap,kesakitan yang menjerumus kepada pendek akal fikiran.Nafsu segala raja bersarang dalam hati.Kepala otak penuh dengan anggapan.Sangkaan yang tidak pernah padam.Kata hati yang memberontak.

hati.....

Kerasnya hati hanya Dia yang tahu.Bukan tidak mahu melembutkan tapi terlalu banyak yang terpendam sehinggakan tak ada satu rasa pun yang hilang.ia telah sebati dengan melekatkan rona warna pelbagai yang diterima hati.sakitnya hati..simpanlah sendiri.

diam...

baik berkata ataupun biar begitu sahaja.Tidak akan kering laut kalau diam untuk setahun.Lagikan lama,Allah sahaja yang menyusun gerak itu.

No comments:

Post a Comment